Pada 19hb Disember yang lalu bertempat di Hotel Penview Kuching. Pihak CUEPACS telah mengadakan majlis makan malam yang telah dihadiri oleh Presiden CUEPACS Malaysia, Datuk Azih Muda. Selain itu Timbalan Setiausaha Agung II, Encik Abdul Rahman Mohd Nordin turut hadir bagi menyerikan lagi suasana.
Kehadiran Datuk Azih Muda sangat di alu-alukan dan paling yang di nantikan oleh tetamu yang hadir adalah mendengar ucapan beliau.Pelbagai pekara yang disentuh semasa beliau berucap.Antaranya berkenaan isu masih ada gaji penjawat awam yang masih dibawah paras kemiskinan iaitu dibawah RM880, harga rumah yang terlalu mahal, kos sara hidup yang kian meningkat serta persediaan untuk menghadapi GST pada bulan April tahun hadapan.
Selain itu beliau turut menekankan bahawa kita semua sebagai penjawat awam haruslah bersatu dan tingkatkan prestasi kerja supaya imej kakitangan sektor awam tidak dipandang serong oleh masyarakat.
Gambar kenangan sepanjang majlis;