Pada 25 November yang lalu, Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia ( JHEKS ) telah menganjurkan sebuah bengkel di Hotel Merdeka Palace,Kuching Sarawak.
PENGENALAN
Bengkel Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja bertujuan untuk membantu pemimpin kesatuan sekerja membina kemahiran bagi mengadakan Persidangan Perwakilan / Mesyuarat Agung dan pemilihan pegawai yang teratur dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan kesatuan sendiri di samping mematuhi kehendak Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama bengkel tesebut adalah seperti berikut:
- Memberi pendedahan mengenai prosedur pemilihan pegawai kesatuan dan pengurusan persidangan perwakilan / Mesyuarat Agung yang teratur.
- Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengenai prosedur pemilihan pegawai Persidangan Perwakilan / Mesyuarat Agung supaya selaras dengan peruntukan undang-undang.
- Meningkatkan kemahiran pemimpin kesatuan sekerja dalam urusan pentadbiran kesatuan sekerja.