Sunday, 21 December 2014

Konvensyen Pembantu Makmal Perdana 1 Malaysia

Pada 10hb Disember sehingga 14hb Disember yang lalu, telah berlangsungnya Konvensyen Pembantu Makmal Perdana 1 Malaysia yang buat pertama kalinya di adakan di Sarawak. Hotel Penview Kuching telah di pilih sebagai hotel pilihan untuk menjadi tempat penginapan para peserta, makanan yang sedap dan turut menyediakan dewan yang besar dan selesa untuk para peserta dan urus setia mengadakan aktiviti sepanjang konvensyen. Pihak penganjur amat berpuas hati dan berterima kasih dengan pihak pengurusan hotel.

Untuk Konvensyen ini, Pihak KESPEMS telah di beri mandat untuk menjadi urus setia sepanjang program ini berlangsung. Pelbagai cabaran dan rintangan yang di hadapi sebelum dan sepanjang berlangsungnya Konvensyen ini. Pihak KESPEMS memohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan yang di lakukan secara langsung ataupun tidak langsung sama ada sebelum dan sepanjang berlangsungnya konvensyen ini.

Tidak di lupakan juga kepada Tuan Haji Hamran bin Haji Ahmad yang merupakan Presiden KSKM dan Encik Ashaari bin Maarof, Setiausaha Agung KSKM dan juga merupakan pengasas Yayasan Kumpulan Makmal Sains (YKMS) yang turut menjadi tulang belakang dalam penganjuran Konvensyen ini.

Syabas juga di ucapkan kepada para peserta yang menghadiri konvensyen ini, Lebih daripada 150 orang para peserta yang menghadiri konvensyen ini terdiri daripada ahli-ahli Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) mewakili Semenanjung Malaysia, Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak,  Kesatuan Pembantu Makmal Sains Negeri Sabah. Harapan kita semua semoga kolobrasi antara 3 Kesatuan ini dapat menyatukan semua Pembantu Makmal Sains Sekolah di Malaysia. Selain itu juga usul-usul, permasalahan dan naik taraf pembantu makmal di sekolah akan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak yang berkenaan.

Yayasan Kumpulan Makmal Sains (YKMS) yang di asaskan oleh Encik Ashaari bin Maarof ini merupakan salah satu langkah yang di ambil oleh beliau untuk menjadikan 3 Kesatuan Pembantu Makmal dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bernaung di bawah satu bumbung dan turut berhasrat menjadi 'alternatif' kepada bahagian Sumber Manusia dalam usaha memenuhi keperluan latihan bagi pembantu makmal yang bakal dipenuhi seramai 11000 orang. Yayasan ini sedang mengumpul dana dan berharap dengan dana yang ada ini dapat membantu kesatuan yang bernaung di bawahnya menjalankan aktiviti dan latihan bagi memastikan pembantu makmal sentiasa bersedia dengan perubahan semasa, berilmu, berketrampilan, akauntibiliti, kreativiti, inovatif dan berupaya memberi sumbangan kepada individu dan organisasi.

Kita juga amat bertuah dengan kehadiran Datuk Azih Muda iaitu Presiden CUEPACS Malaysia pada majlis penutupan Konvensyen Pembantu Makmal Perdana 1 Malaysia dan ucapan yang di sampaikan oleh beliau sedikit sebanyak membuktikan bahawa pihak CUEPACS tidak pernah putus asa di dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan sektor awam.


Gambar-gambar sepanjang konvensyen ;











Gambar bersama Presiden CUEPACS Malaysia



Datuk Azih Muda bersama barisan kepimpinan dari KSKM,KESPEMS,KPMS dan YKMS

Sidang media


Persembahan tarian semasa makan malam wakil dari Sarawak

Turut mengadakan beberapa permainan semasa makan malam



Macam-macam ragam dan aksi yang mencuit hati




 

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli gambar bersama Presiden CUEPACS sila hubungi ;

Irman Borhan : 012-9815328 ( whatsapps/LINE/SMS )
# Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan harga, kaedah pembayaran dan penghantaran.