Saturday, 16 August 2014

Majlis "Sanjungan Budi,Lambaian Kasih" Sempena Persaraan YBhg Datu Abdillah Bin Adam,Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

Semalam iaitu pada 15 Ogos 2014, Telah berlangsung majlis "Sanjungan Budi ,Lambaian Kasih" sempena persaraan Ayahanda kita, YBhg Datu Abdillah Bin Adam di Imperial Hotel,Kuching Sarawak. Majlis bermula dengan ketibaaan para tetamu seawal jam 7.00 petang di tingkat 5,Imperial Grand Ballroom.

Kesatuan kita turut di jemput oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi bersama-sama menyerikan lagi suasana majlis.Seramai 8 orang ahli KESPEMS termasuk Presiden kita iaitu Encik Patra Bin Ramli yang hadir bagi mewakili semua Pembantu Makmal di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran dif-dif kehormat antaranya Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Hj. Abdul Rahman Bin Bolhassan dan mantan Pengarah Pendidikan Sarawak (1995-2000) YBhg Datu Haji Putit Matzen yang kini bertugas sebagai YDP Majlis Islam Sarawak.

Gambar Sekitar Majlis;

Ahli-ahli KESPEMS yang hadir




Ucapan daripada Pengarah





Wakil daripada KESPEMS, En. Patra menyampaikan cenderamata kepada Pengarah


Sesi memotong kek sempena ulang tahun kelahiran YBhg Datu Abdillah bin Adam

Pengarah menyuap kek ke dalam mulut isteri tercinta, di saksikan bersama anak-anaknya


Gambar kenangan bersama Pengarah
 Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Sunday, 30 March 2014

Demonstrasi Mencegah Kebakaran bersama Pihak Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Petra Jaya,Kuching







Pada 26 Mac 2014 yang lalu, Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Petra Jaya telah mengadakan demonstrasi memadam api.Peserta yang hadir adalah Pembantu Makmal dari sekolah-sekolah Zon Kuching.

Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;
Sumber : Buku Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains


 
Kaedah Penggunaan Pemadam Api Mudah Alih


P- PULL (CABUT)
Cabut pin untuk melepaskan tuil.


A- AIM (HALA)
Hala nozel atau hos ke dasar api.

S- SQUEEZE (TEKAN)
Tekan tuil di atas pemegang untuk
bahan pemadam. Untuk menghentikan
bahan dari keluar, lepaskan tuil.

S- SWEEP (SAPU)
Gerakan nozel atau hos kekiri kanan.
Bergerak ke arah api dengan cermat.

Sumber : Portal Jabatan Bomba dan Penyelamat


Diharap aktiviti sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang bagi memastikan setiap Pembantu Makmal di Sekolah sentiasa bersedia dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api jika berlaku sebarang kebakaran.