Semalam iaitu pada 15 Ogos 2014, Telah berlangsung majlis "Sanjungan Budi ,Lambaian Kasih" sempena persaraan Ayahanda kita, YBhg Datu Abdillah Bin Adam di Imperial Hotel,Kuching Sarawak. Majlis bermula dengan ketibaaan para tetamu seawal jam 7.00 petang di tingkat 5,Imperial Grand Ballroom.
Kesatuan kita turut di jemput oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi bersama-sama menyerikan lagi suasana majlis.Seramai 8 orang ahli KESPEMS termasuk Presiden kita iaitu Encik Patra Bin Ramli yang hadir bagi mewakili semua Pembantu Makmal di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran dif-dif kehormat antaranya Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Hj. Abdul Rahman Bin Bolhassan
dan mantan Pengarah Pendidikan Sarawak (1995-2000) YBhg Datu Haji Putit Matzen yang kini bertugas sebagai YDP Majlis Islam Sarawak.
Gambar Sekitar Majlis;
|
Ahli-ahli KESPEMS yang hadir |
|
Ucapan daripada Pengarah |
|
Wakil daripada KESPEMS, En. Patra menyampaikan cenderamata kepada Pengarah |
|
Sesi memotong kek sempena ulang tahun kelahiran YBhg Datu Abdillah bin Adam |
|
Pengarah menyuap kek ke dalam mulut isteri tercinta, di saksikan bersama anak-anaknya |
|
Gambar kenangan bersama Pengarah |
Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam.