Friday, 28 March 2014

TAKLIMAT MENGUPAYAKAN KUALITI INDIVIDU DI TEMPAT KERJA

Pada 26 Mac 2014 yang lalu., Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kesatuan Pembantu Makmal (Pendidikan Sarawak) telah menganjurkan taklimat bertempat di Auditorium JPN Sarawak.Taklimat ini telah menjemput 82 orang Pembantu Makmal lantikan 2010-2013 Zon Kuching sahaja.

Tempoh taklimat ini adalah 1 hari sahaja.Bermula jam 8.00 pagi - 5.00 petang.Objektif taklimat ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran kompetensi individu serta memberi nilai tambah kepada mereka melalui penerangan tentang perkhidmatan, tatacara perolehan, dan pengurusan aset serta keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

Taklimat daripada En. Patra



Taklimat berkenaan Pengenalan Pengurusan Aset Alih Kerajaan daripada Pn. Fatimah.
Antara pekara yang disentuh ;
  • Tatacara Pengurusan Aset, Dokumen-dokumen KEW.PA-
  • Tatacara Pengurusan Stor, Dokumen-dokumen KEW.PS-
Puan Fatimah binti Haji Mel daripada PPD Sarikei



Taklimat berkenaan Tatacara Perolehan daripada Penolong Pengarah Unit Kewangan
Antara pekara yang disentuh ;
  • Arahan Perbendaharaan.(AP)
  • Definisi Perolehan Kerajaan.
  • Dasar, Prinsip dan Objektif Perolehan Kerajaan.
  • Kategori Perolehan Kerajaan.
  • Jenis dan cara Perolehan Kerajaan.
  • Isu-isu Perolehan Kerajaan.
Maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang : www.treasury.gov.my

Miss Chua Lian Choo



Taklimat Perkhidmatan berkenaan Pengurusan Cuti Pegawai Perkhidmatan Awam.

Pn. Joanne Bulan Pakar

En. Kuswady bin Chil



Taklimat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.(JKKP)
Antara pekara yang disentuh;
  • Kesedaran tentang bahaya di tempat kerja.
  • Jenis-jenis bahan kimia yang memudaratkan kesihatan sama ada jangka masa pendek atau panjang.
  • Pemeriksaan kesihatan oleh doktor kesihatan pekerja yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang ; http://www.dosh.gov.my
 
En. Roszaidi bin Baung


Cenderamata disampaikan oleh En Kuswady kepada En. Roszaidi wakil dari JKKP



Taklimat daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bahagian Petra Jaya.
Pihak Bomba dan Penyelamat turut mengadakan demonstrasi mencegah kebakaran dan cara yang betul menggunakan pemadam api yang biasa terdapat di Makmal Sekolah.

En. Daniel Teo

Peserta berkumpul di kawasan yang lapang

Pihak bomba sedang menyalakan api





Cara yang betul menggunakan pemadam api





Cenderamata disampaikan oleh En. Kuswady kepada Pihak Bomba

Cenderamata disampaikan oleh En. Kuswady kepada Pihak Bomba

Pihak KESPEMS dan JPN Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta memberi kerjasama yang baik sepanjang taklimat ini berlangsung. Semoga dengan adanya taklimat sebegini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi pemahaman kepada semua pembantu makmal berkenaan soal perkhidmatan awam, pengurusan aset, kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Thursday, 27 March 2014

KURSUS PEMBANTU MAKMAL SIRI 1/2014 BAGI ZON KUCHING

Pada 25 Mac 2014 yang lalu,Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kesatuan Pembantu Makmal (Pendidikan Sarawak) telah menganjurkan kursus Pembantu Makmal siri 1/2014 bagi 82 orang Pembantu Makmal lantikan 2010 sehingga 2013.

Kursus Pembantu Makmal ini diadakan di Makmal Sains SMK DPH Abdul Gapor,Kuching.Tempoh berkursus selama 1 hari iaitu dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Objektif kursus ini diadakan bagi mengukuh pemahaman peserta kursus terhadap tugas asas dalam kerja seharian sebagai Pembantu Makmal serta menambahkan kemahiran dalam tatacara penyediaan peralatan makmal secara amali.



Sesi pendaftaran para peserta







Taklimat Pentadbiran dari Presiden KESPEMS, En. Patra di makmal komputer.




Taklimat dari Penolong Pengarah Bahagian Unit Latihan, Pn. Debbie Jenggut Nyelang.




Taklimat Perkongsian Integriti bertajuk : Profesion, Integriti dan Rezeki yang Halal

Penceramah dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
 Hajah Fatimah
 



Seterusnya slot akademik (amali), peserta yang hadir dibahagi kepada 3 kumpulan supaya tidak terlalu ramai peserta memasuki makmal untuk satu-satu masa.Setiap kumpulan akan memasuki setiap makmal mengikut giliran berpandukan jadual yang telah disediakan oleh urus setia .Slot akademik ini akan dijalankan di Makmal Sains Kimia, Biologi, dan Fizik.

Kelebihan slot akademik (amali) yang di adakan dalam berkumpulan (kelompok kecil) ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada setiap para peserta terutamanya pembantu makmal yang masih baru.Guru-guru sains yang terlibat juga merupakan guru yang berpengalaman dan dengan kesempatan yang ada ini para pembantu makmal lebih mudah untuk berinteraksi semasa menjalankan beberapa eksperimen dan sesi Q&A.

Masa yang diperuntukan bagi setiap slot akademik ini ialah 2 jam.Walaupun masa ini agak terhad tetapi sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah kepada pembantu makmal.

Pn. Jee JL (Guru Biologi) memberi sedikit penerangan sebelum menjalankan eksperimen "pengekstrakan DNA dari bawang" untuk slot akademik di Makmal Biologi


MAJLIS MAKAN MALAM DAN ULANGTAHUN KE-2 KESPEMS 2013

Pada 7 Disember yang lepas,Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak, (KESPEMS) telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Hotel Harbour View,Kuching. Majlis di mulakan lebih kurang jam 7.30 malam.Kehadiran turut di serikan dengan kehadiran Presiden KESPEMS En. Patra bin Ramli serta ahli-ahli Majlis KESPEMS.


Ucapan pembukaan daripada En. Patra bin Ramli



Majlis di meriahkan dengan upacara memotong kek,bersama Presiden dan Ahli Majlis KESPEMS.





Penyampaian hadiah untuk para pemenang bagi pertandingan Bowling peringkat KESPEMS yang diadakan sebelah pagi pada hari yang sama.Bertempat di Crystal Bowl,BDC.

Juara Kategori Lelaki : En. Hardlin

Juara Kategori Wanita : Pn. Rozni


Majlis turut di hangatkan dengan persembahan nyanyian karaoke oleh ahli-ahli kesatuan yang berbakat.
 













Suasana dan ragam ahli-ahli kesatuan semasa majlis berlangsung.

Dari kanan ; En. Patra, Pn. Norasihan, Pn. Rozni dan Cik Ae'ashah

Dari kanan ; En. Hardlin, En. Hadilah, En. Ellison dan En. Alfian








Pihak AJK KESPEMS ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan tidak lupa pula kepada ahli kesatuan yang bertungkus-lumus membantu menjayakan majlis ini.Semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan dikalangan ahli-ahli kesatuan dan majlis sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.




Tuesday, 20 March 2012

MAJLIS ULANGTAHUN PERTAMA KESPEMS

Pada 17 Mac 2012 yang Lalu ,Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak, (KESPEMS) telah menyambut Ulang Tahun  Pertama bertempat  di SMK  Bandar Samaring, Kuching yang merupakan genap setahun penubuhannya mulai 17 Mac 2011. Sepanjang penubuhan dalam kesatua banya aktiviti telah dijalankan, seperti majlis bersama ahli, majlis bersama CUEPACS, kursus asas Pembantu Makmal dan baru-baru ini majlis Ulang Tahun Pertama.
Sempena Majlis Ulang Tahun Pertama KESPEMS telah disempurnakan oleh Wakil YB. Dr. Hj Abdul Rahman bin Junaidi iaitu Yang Berbahgia Encik Rabian Bin Hj.Kipli ,Ketua Penerangan PBB Cawangan Pantai Damai Kuching.Selain itu turut hadir ialah Pengetua SMK Bandar Samariang, Encik Othman bin Masagus, Ketua Sektor Unit naik Pangka JPNSt, En Mohammad Bin Kompot, Setiausaha CUEPACS Sarawak, Encik Ahmad Bin Maili dan Presiden KESPEMS Encik Petra Bin Ramli. Hampir 95 orang ahli  dan  jemputan yang hadir.
Pada majlis yang gilang gembilang itu  pelabagai aturcara diadakan,  antaranya acara memotong kek Ulangtahun pertama KESPEMS,  Jamuan bersama wakil berhormat dan tetamu jemputan, Cabutan bertuah  Manakaladi akhir majlis sesi  soal jawab mengenai tempoh perkhidmatan dan kenaikan pangkat jawatan Pembantu Makmal.
PENDAFTARAAN AHLI YANG HADIR
ANTARA AHLI YANG HADIR
AHLI YANG HADIR
KEHADIRAN TETAMU KERHORMAT
Wakil YB menandatangi Buku Pelawat   
                                             
Wakil YB disaksikan oleh Pengetua 
SMKBandar Samariang         
                      
YB diiringi oleh Presiden KESPEMS 
                                              
MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT
Pengetua, Presiden dan Wakil YB, 
En Rabian Hj. Kipli      
                           
Ucapan aluan oleh PRESIDEN KESPEMS


Majlis Perasmian Potong KEK No.1 KESPEMS      
                                     
Cenderahati dari Presiden KESPEM 
kepada En. Rabian Hj. Kipli  

                           
Cenderahati kepada Ketua Sektor Unit Naik Pangkat 
JPNS 
                                    
Cenderahati kepada SU CUEPACS 
Sarawak Division  
                                    


PARA JEMPUTAN DAN AHLI MENJAMU SELERA
BEGAMBAR BERSAMA VIP
                                                           
Cabutan bertuah
                                                               






Sesi soal jawab
                                                                 
Antara Panel sesi soal jawab
                                                       
 Naib Presiden turut menyoal usul kewujudan 
PMakmal  C26                                    
Sesi soaljawab dengan JPN Sarawak
sambung belajar (PJJ)



Kami bagi pihak KESPEMS mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesanggupan ahli- ahli yang datang bagi menjayakan majlis   ulang tahun KESPEMS  pertama ini.Semoga Kesatuan kita ini akan lebih kukuh dan berkerjasama di masa akan datang.
1 Malaysia 1 KESPEMS..

TERIMA KASIH dari AJK KESPEMS