Pada 25 Mac 2014 yang lalu,Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kesatuan Pembantu Makmal (Pendidikan Sarawak) telah menganjurkan kursus Pembantu Makmal siri 1/2014 bagi 82 orang Pembantu Makmal lantikan 2010 sehingga 2013.
Kursus Pembantu Makmal ini diadakan di Makmal Sains SMK DPH Abdul Gapor,Kuching.Tempoh berkursus selama 1 hari iaitu dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Objektif kursus ini diadakan bagi mengukuh pemahaman peserta kursus terhadap tugas asas dalam kerja seharian sebagai Pembantu Makmal serta menambahkan kemahiran dalam tatacara penyediaan peralatan makmal secara amali.
Sesi pendaftaran para peserta |
Taklimat Pentadbiran dari Presiden KESPEMS, En. Patra di makmal komputer.
Taklimat dari Penolong Pengarah Bahagian Unit Latihan, Pn. Debbie Jenggut Nyelang.
Taklimat Perkongsian Integriti bertajuk : Profesion, Integriti dan Rezeki yang Halal
Penceramah dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Hajah Fatimah |
Seterusnya slot akademik (amali), peserta yang hadir dibahagi kepada 3 kumpulan supaya tidak terlalu ramai peserta memasuki makmal untuk satu-satu masa.Setiap kumpulan akan memasuki setiap makmal mengikut giliran berpandukan jadual yang telah disediakan oleh urus setia .Slot akademik ini akan dijalankan di Makmal Sains Kimia, Biologi, dan Fizik.
Kelebihan slot akademik (amali) yang di adakan dalam berkumpulan (kelompok kecil) ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada setiap para peserta terutamanya pembantu makmal yang masih baru.Guru-guru sains yang terlibat juga merupakan guru yang berpengalaman dan dengan kesempatan yang ada ini para pembantu makmal lebih mudah untuk berinteraksi semasa menjalankan beberapa eksperimen dan sesi Q&A.
Masa yang diperuntukan bagi setiap slot akademik ini ialah 2 jam.Walaupun masa ini agak terhad tetapi sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah kepada pembantu makmal.
Pn. Jee JL (Guru Biologi) memberi sedikit penerangan sebelum menjalankan eksperimen "pengekstrakan DNA dari bawang" untuk slot akademik di Makmal Biologi |