Tuesday, 2 December 2014

Bengkel Prosedur Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja (B3P) Negeri Sarawak

Pada 25 November yang lalu, Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia ( JHEKS ) telah menganjurkan sebuah bengkel di Hotel Merdeka Palace,Kuching Sarawak.

PENGENALAN

Bengkel Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja bertujuan untuk membantu pemimpin kesatuan sekerja membina kemahiran bagi mengadakan Persidangan Perwakilan / Mesyuarat Agung dan pemilihan  pegawai yang teratur dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan kesatuan sendiri di samping mematuhi kehendak Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama bengkel tesebut adalah seperti berikut:

  1. Memberi pendedahan mengenai prosedur pemilihan pegawai kesatuan dan pengurusan persidangan perwakilan / Mesyuarat Agung yang teratur.
  2. Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengenai prosedur pemilihan pegawai Persidangan Perwakilan / Mesyuarat Agung supaya selaras dengan peruntukan undang-undang.
  3. Meningkatkan kemahiran pemimpin kesatuan sekerja dalam urusan pentadbiran kesatuan sekerja.



 































Friday, 14 November 2014

Aerobikton KESPEMS 2014 [Info Terkini]

Pertandingan Aerobathon Charity "Toward Fitness 2015"
Anjuran 
Unit Sukan & Rekreasi Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak
Dengan Kerjasama 
Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak

Dirasmikan oleh  YB Hajah Sharifah Hasidah binti Haji Sayeed Aman Ghazali
( DUN Samariang N07)


Tarikh    : 6 Disember 2014 (Sabtu).
Masa     : 7.00 pagi. ( Pendaftaran )
Tempat  : Pustaka Negeri,Kuching.
Senarai aktiviti yang di anjurkan ;
  1. Senamrobik.
  2. Cabutan Nombor Bertuah.
  3. Kempen Derma Darah.

Penyertaan ini TERBUKA kepada semua ahli KESPEMS dan ORANG LUAR yang berumur 18 tahun ke atas.

Untuk pertandingan aerobikton ini, yuran penyertaan untuk satu kumpulan RM35.00 
(1 Kumpulan = 6 Orang)


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapp ;
  1. Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
  2. Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )
atau email kami : kespems@gmail.com

Monday, 10 November 2014

Konvensyen Pembantu Makmal Perdana 1 Malaysia


 



Buat julung kalinya, Konvensyen Pembantu Makmal Perdana 1 Malaysia akan diadakan di Kuching, Sarawak. Konvensyen ini akan melibatkan ahli Kesatuan Pembantu makmal daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kesatuan dari Semenanjung Malaysia ialah Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) yang diterajui oleh Presiden nya iaitu Tuan Haji Hamran Bin Haji Ahmad, manakala daripada Sabah pula di wakili oleh Kesatuan Pembantu Makmal Sains (KPMS) yang diketuai oleh Presiden nya iaitu Encik Sazali Nukah. Untuk Sarawak pula diwakili oleh KESPEMS yang diterajui oleh Encik Patra Bin Ramli. 

Ketiga-tiga kesatuan ini mewakili sebahagian besar Pembantu Makmal di Malaysia. Pihak penganjur juga amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dari ketiga-tiga Kesatuan Pembantu Makmal ini.Semoga kehadiran tuan dan puan dapat memeriahkan dan menyerikan lagi Majlis Konvensyen ini. 

Tarikh berlangsungnya Konvensyen : 10 - 14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad)
Bertempat : Penview Hotel, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching, Sarawak

Map
Lokasi Penview Hotel  Link
Untuk ahli KESPEMS yang tinggal jauh dan di luar bahagian Kuching,tempat penginapan ada di sediakan.Sila maklumkan kepada pihak Ahli Majlis Kerja KESPEMS secepat mungkin kerana tempat penginapan adalah TERHAD.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapps;
  1. Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
  2. Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )


Wednesday, 5 November 2014

Program Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak

Bangunan Wisma PERKESO, Jalan Padungan,Kuching

Pada 3hb-4hb November yang lalu, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja,Sarawak telah menganjurkan kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja bertempat di Wisma PERKESO Kuching.Seramai 17 orang peserta telah menghadiri kursus ini.Peserta yang hadir mewakili beberapa kesatuan di Sarawak antaranya Kesatuan Kakitangan Perkeso Sarawak, Airlines Workers Union Sarawak ( AWUS ), Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Kastam Sarawak, Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos Sarawak, Kesatuan Guru-Guru Bumiputera Sarawak, Kesatuan Kakitangan Jabatan Pertanian Sarawak, Kesatuan Kakitangan Pegawai Pengangkutan Jalan Sarawak, Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Hutan.

Pada hari pertama, kursus ini bermula jam 8.00 pagi iaitu pendaftaran para peserta.Ceramah pertama bermula jam 9.30 pagi yang telah disampaikan oleh Puan Melati anak Ah Nen, pegawai JHEKS Sarawak.
Tajuk ceramah yang di sampaikan oleh Puan Melati pada sesi pagi ialah "Pemahaman dan Tanggungjawab Mengemukakan Borang-Borang Berkanun" dan "Prosedur Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja".Sesi sebelah petang pula, Puan Melati menerangkan "Kaedah Pengisian Borang L dan U".

Pada hari kedua, kursus ini bermula jam 8.30 pagi,ceramah pada sesi pagi ini di sampaikan oleh Encik Lim Inn Tong ,pegawai JHEKS Sarawak.Tajuk ceramah beliau "Pengurusan Kewangan Kesatuan Sekerja". Slot bersama Encik Lim ini terdapat latih amal penyelenggaraan buku akaun kesatuan.Slot ini berbentuk laithan amali,di mana para peserta di dedahkan dengan Buku Tunai ( Borang AP.1 ) Kesatuan, Borang M, Baucer Pembayaran Dalaman (Borang AP.6 ), dan Borang Tuntutan Pegawai Kesatuan.Pegawai JHEKS lain yang turut membantu semasa latih amal ini di jalankan ialah Puan Melati anak Ah Nen dan Puan Asiati binti Osman.

Pada sebelah petangnya,majlis penutupan kursus di meriahkan lagi dengan tetamu kehormat iaitu Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, Encik Mustafa bin Ali dan Pengarah JHEKS Sarawak, Puan Jamilah binti Putit.

Kursus seperti ini sangat penting kerana ia dapat membantu ahli dalam sesebuah Kesatuan menguruskan kewangan dengan cekap dan teratur. Selain itu ia dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang masih baru dalam kesatuan.


Gambar-gambar kenangan sewaktu berkursus ;

Puan Melati sedang memberi penerangan









Pengarah JHEKS Sarawak, Puan Jamilah




















Suasana semasa melakukan slot latih amal penyelenggaraan buku akaun kesatuan




Encik Lim sedang memberi penerangan












Encik Mustafa memberi sedikit ucapan semasa majlis penutupan












Bergambar bersama Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia

Pihak KESPEMS berharap agar kursus sebegini akan berterusan di masa akan datang dan setinggi penghargaan juga buat pihak JHEKS Sarawak kerana berusaha mengadakan kursus sebegini.


Pautan ke ;
PERKESO Sarawak
JHEKS Malaysia

Wednesday, 29 October 2014

Kad Aerobikton KESPEMS 2014

Ahli Majlis Kerja KESPEMS telah mengedarkan kad aerobikton kepada ahli-ahli nya yang berdaftar di bahagian Kuching/Samarahan. Tujuan utama kad aerobikton ini di edarkan adalah untuk mengumpul dana kesatuan bagi membantu membiayai kos-kos aktiviti yang di anjurkan kesatuan. Antara aktiviti yang terdekat yang memerlukan dana adalah Konveksyen Pembantu Makmal 1 Malaysia yang dijangka berlangsung pada awal Disember ini di Penview Hotel, Kuching.

Kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan KESPEMS di sekitar bahagian Kuching/Samarahan yang belum mendapat kad ini dan berminat ingat turut serta membantu mengumpul dana Kesatuan boleh menghubungi Ahli Majlis Kerja ( AMK ) KESPEMS.

Pihak KESPEMS juga sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak.

Boleh menghubungi / whatsapp, Ahli Majlis Kerja (AMK) KESPEMS;
  1. Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
  2. Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )
atau email kami : kespems@gmail.com 
Kad Aerobikton



Lesen yang telah di pohon oleh KESPEMS 





Aerobikton KESPEMS 2014

"Towards fitness 2015"

Buat pertama kalinya,Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak akan menganjurkan majlis senaman aerobikton 2014;

Tarikh   : 6 Disember 2014 (Sabtu).
Masa    : 7.00 pagi.
Tempat : Pustaka Negeri,Kuching.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapp ;

  1. Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
  2. Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )
atau email kami : kespems@gmail.com

 

Thursday, 23 October 2014

Yayasan Kumpulan Makmal Sains (YKMS) [No. Pendaftaran : PPAB 02/2013]

 "Dari pembantu makmal untuk pembantu makmal"

Latar Belakang

Yayasan ini telah ditubuhkan pada 21 Januari 2013 dibawah akta 258, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang [BHEUU], Jabatan Perdana Menteri. Nombor pendaftaran : PPAB 02/2013.Cetusan Ilham dari Encik Ashaari bin Maarof,Setiausaha Agong Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia. Berhasrat menjadi 'alternatif' kepada bahagian Sumber Manusia dalam usaha memenuhi keperluan latihan bagi pembantu makmal yang bakal dipenuhi seramai 11000 orang.

Misi YKMS

Mewujudkan Pusat/Institusi Latihan Pendidikan Penyelidikan dan Pembangunan Bersepadu bagi pembantu makmal yang berkhidmat di bawah institusi-institusi Pendidikan Negara.

Visi YKMS

Melahirkan Staf Makmal Sains yang berilmu, berketrampilan,akauntibiliti, kreativiti, inovatif dan berupaya memberi sumbangan kepada individu dan organisasi.

Wawasan YKMS

Mengandungi pejabat utama YKMS, pejabat KSKM, Pejabat Subsidiary bawah YKMS dan pusat latihan dan R&D bagi pembantu makmal sains termasuk makmal simulasi Sains dan penginapan.
Melalui pusat latihan dan R&D ini YKMS berhasrat untuk menawarkan program latihan yang berstruktur dan akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pihak-pihak lain bagi meningkatkan lagi skim perkhidmatan pembantu makmal ke satu tahap yang lebih tinggi (Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Makmal Sains).


Encik Ashaari bin Maarof

Laman Sesawang BHEUU










Yayasan ini terbuka kepada semua Pembantu Makmal seluruh Malaysia dan mempelawa seluruh Pembantu Makmal di Malaysia untuk menyumbang dan mengumpul dana dan melaksanakan program pendidikan dan kebajikan YKMS.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapp ;

  1. En. Ashaari bin Maarof  012-6543746 ( Setiausaha Agung KSKM )
  2. En. Patra bin Ramli         013-8248625 ( Presiden KESPEMS sesi 2014-2017 )
     
 Laman Sesawang BHEUU : BHEUU
 Laman Sesawang KSKM  : KSKM