Ahli majlis tertinggi KESPEMS merakam ribuan terima kasih diatas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli-ahlinya yang banyak melibatkan diri serta menyokong setiap aktiviti yang dijalankan.
Terlebih dahulu kami pihak AMT KESPEMS juga ingin memohon kemaafan di atas kekurangan serta jarang berkesempatan untuk mengemaskini blog KESPEMS ini. Kami pihak AMT KESPEMS juga ingin memohon kemaafan jika terdapat aktiviti yang dirancang tetapi belum dapat dilaksanakan manakala bagi aktiviti yang telah dijalankan kami juga turut memohon kemaafan diatas kekurangan dan masalah yang timbul.
Bagi memudahkan para ahlinya untuk berhubung bagi mengetahui aktiviti terkini, pertanyaan serta aduan berkenaan dengan tugas pembantu makmal.Kami pihak AMT telah menggunakan saluran WHATSAPPS. Untuk ahli yang belum menyertai Group Whatsapps "AHLI KESPEMS" boleh memaklumkan kepada Group Admin iaitu En. Patra bin Ramli 013-8248625. Setakat ini seramai 134 orang telah menyertai Group Whatsapps "AHLI KESPEMS" ini.Kami mengharapkan lebih ramai lagi ahli kesatuan boleh menyertai group ini supaya dengan cara ini lebih mudah untuk pihak kami menyampaikan sebarang maklumat yang terkini berkenaan Kesatuan dan Pembantu Makmal di Sekolah.
Kami pihak KESPEMS berbesar hati jika ada ahli-ahli yang belum membuat pemotongan yuran melalui biro angkasa ini untuk mendaftar menggunakan Biro Angkasa agar lebih mudah membuat pembayaran yuran kesatuan .Tujuan ini dilakukan untuk memastikan Kesatuan kita mengumpul dana utnuk melaksanakan segala program yang dirancangkan.Tanpa dana sudah tentu sukar untuk pihak kami melaksanakan sebarang aktiviti dan agak sukar untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang tidak melibatkan kos.
Akhir kata,pihak kami mengalu-alukan segala pendapat,cadangan dan teguran yang membina bagi meningkatkan martabat pembantu makmal sekolah dan kesatuan kita.Sekian,terima kasih.