Tuesday, 8 December 2015

Ayuh meriahkan Larian Mesra Amal 2016 hujung Januari depan

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak bakal menjadi lokasi peserta Larian Mesra Amal 2016 pada hujung Januari tahun depan.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan semalam, larian amal itu dijadualkan bermula seawal jam 7 pagi dan dijangka disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf.
Larian itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Pada masa sama, sebagai langkah menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam acara sukan dan riadah secara berterusan.
“Selain itu, ia juga dipercayai mampu memupuk perpaduan dan persefahaman kalangan masyarakat berlainan latar belakang demi pembangunan serta kemajuan negara khususnya Sarawak,” jelas kenyataan itu.
Warga kota berminat boleh mengisi borang pendaftaran dan bayaran yuran pendaftaran menerusi sistem perbankan atas talian atau deposit tunai menggunakan Maybank nombor akaun: 5112 0341 2063 atas nama Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak.
Setiap peserta diminta memasukkan alamat emel: larianamal@gmail.com semasa membuat bayaran perbankan atas talian.

Borang yang telah lengkap diisi bersama dengan slip deposit tunai sebagai bukti pembayaran hendaklah dikepilkan bersama dan difaks ke talian: 082-243371 atau emel ke: larianamal@gmail.com sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 15 Januari depan.

Akuan penerima pendaftaran akan diberi kepada setiap peserta sebagai bukti pendaftaran dan untuk tujuan pengambilan larian yang dijadualkan pada 27 Januari 2016 di Pustaka Negeri Sarawak.
Bagi pendaftaran awal (early birds) akan mendapat potongan diskaun RM10 (dibayar sebelum atau pada 31 Disember) manakala borang penyertaan boleh dimuat turun melalui: http://larianmesraamal2016.blogspot.com.

Bagi maklumat mengenai jumlah yuran penyertaan mengikut kategori, lelaki terbuka (atas 17 tahun- 5km) ialah RM60, kategori wanita terbuka (atas 17 tahun- 5km) juga RM60 manakala kategori veteran lelaki dan veteran wanita (atas 40 tahun-3km) RM60.
Sementara itu, bagi kategori remaja lelaki (16 tahun ke bawah-3km) ialah RM30, sama juga seperti kategori remaja wanita (16 tahun ke bawah-3km) RM30.

Manakala bagi peserta OKU berkerusi roda pula adalah percuma.
Semua peserta akan menerima pingat selepas menamatkan acara mengikut laluan ditetapkan.
Selain itu, peserta juga bakal berpeluang pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai dan hadiah lain seperti basikal dan barangan elektrik.

Larian Mesra Amal 2016 merupakan anjuran bersama Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak, Kesatuan Pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Pertubuhan Kebajikan dan Kesihatan Warga Usia Emas (KUSEMAS) dan Per – tubuhan Kebajikan dan Pendidikan Pelajar Miskin Sarawak (PEKEPPEMS).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai larian ini boleh menghubungi Patra Ramli di talian 082- 381700 atau 016-5726289.
Credit to; 
Borneo Post
December 6, 2015, Sunday