Tuesday, 8 December 2015

Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2015 Anjuran CUEPACS Negeri Sarawak

Pada 5 Disember yang lepas bertempat di Grand Continental Hotel Kuching telah di adakan majlis makan malam akhir tahun anjuran CUEPACS negeri Sarawak. Kehadiran Datuk Haji Azih Muda iaitu Presiden CUEPACS Malaysia dan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morsidi Bin Abdul Ghani iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah menyerikan lagi suasana majlis.

Kejayaan penganjuran makan malam ini adalah hasil kerja keras En. Ahmad Bin Malie dan Ajk-Ajknya.Antara aktiviti selingan yang diadakan adalah pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan persembahan poco-poco. 



Gambar sepanjang majlis ;





 

























Ayuh meriahkan Larian Mesra Amal 2016 hujung Januari depan

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak bakal menjadi lokasi peserta Larian Mesra Amal 2016 pada hujung Januari tahun depan.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan semalam, larian amal itu dijadualkan bermula seawal jam 7 pagi dan dijangka disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf.
Larian itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Pada masa sama, sebagai langkah menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam acara sukan dan riadah secara berterusan.
“Selain itu, ia juga dipercayai mampu memupuk perpaduan dan persefahaman kalangan masyarakat berlainan latar belakang demi pembangunan serta kemajuan negara khususnya Sarawak,” jelas kenyataan itu.
Warga kota berminat boleh mengisi borang pendaftaran dan bayaran yuran pendaftaran menerusi sistem perbankan atas talian atau deposit tunai menggunakan Maybank nombor akaun: 5112 0341 2063 atas nama Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak.
Setiap peserta diminta memasukkan alamat emel: larianamal@gmail.com semasa membuat bayaran perbankan atas talian.

Borang yang telah lengkap diisi bersama dengan slip deposit tunai sebagai bukti pembayaran hendaklah dikepilkan bersama dan difaks ke talian: 082-243371 atau emel ke: larianamal@gmail.com sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 15 Januari depan.

Akuan penerima pendaftaran akan diberi kepada setiap peserta sebagai bukti pendaftaran dan untuk tujuan pengambilan larian yang dijadualkan pada 27 Januari 2016 di Pustaka Negeri Sarawak.
Bagi pendaftaran awal (early birds) akan mendapat potongan diskaun RM10 (dibayar sebelum atau pada 31 Disember) manakala borang penyertaan boleh dimuat turun melalui: http://larianmesraamal2016.blogspot.com.

Bagi maklumat mengenai jumlah yuran penyertaan mengikut kategori, lelaki terbuka (atas 17 tahun- 5km) ialah RM60, kategori wanita terbuka (atas 17 tahun- 5km) juga RM60 manakala kategori veteran lelaki dan veteran wanita (atas 40 tahun-3km) RM60.
Sementara itu, bagi kategori remaja lelaki (16 tahun ke bawah-3km) ialah RM30, sama juga seperti kategori remaja wanita (16 tahun ke bawah-3km) RM30.

Manakala bagi peserta OKU berkerusi roda pula adalah percuma.
Semua peserta akan menerima pingat selepas menamatkan acara mengikut laluan ditetapkan.
Selain itu, peserta juga bakal berpeluang pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai dan hadiah lain seperti basikal dan barangan elektrik.

Larian Mesra Amal 2016 merupakan anjuran bersama Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak, Kesatuan Pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Pertubuhan Kebajikan dan Kesihatan Warga Usia Emas (KUSEMAS) dan Per – tubuhan Kebajikan dan Pendidikan Pelajar Miskin Sarawak (PEKEPPEMS).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai larian ini boleh menghubungi Patra Ramli di talian 082- 381700 atau 016-5726289.
Credit to; 
Borneo Post
December 6, 2015, Sunday

Monday, 27 April 2015

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

Pada 1 Mei ini, bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK),Sarawak bermula jam 7.00 pagi akan diadakan sambutan Hari Pekerja yang di anjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia, Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

Tetamu Kehormat yang akan hadir ialah Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.Beliau akan menyampaikan amanat khas sempena Hari Pekerja 2015 dan Anugerah Hari Pekerja 2015.Tema bagi Hari Pekerja tahun 2015 ini ialah "Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat" 

Berikut merupakan atur cara Sambutan Hari Pekerja 2015;




Monday, 6 April 2015

Seminar Peningkatan Kerjaya dan Profesionalisme Pembantu Makmal Pendidikan Peringkat Negeri Sarawak

Pada 19 - 20 Mac yang lepas,telah berlangsungnya seminar yang telah di anjurkan oleh Pihak KESPEMS kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di Hotel Penview, Kuching. Pada hari pertama seminar, kehadiran Datuk Azih bin Muda telah menyerikan suasana serta satu penghormatan buat pihak KESPEMS dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.Pihak KESPEMS sangat menghargai kehadiran Datuk kerana sudi melapangkan masa bagi mendengar isu-isu yang berbangkit berkenaan dengan pembantu makmal khususnya dan seluruh penjawat awam secara amnya.

Slot pertama seminar telah disampaikan oleh Datuk Azih bin Muda iaitu bertajuk : Informasi Terkini Dalam Perkhidmatan Awam dan di penghujung ceramah akan di adakan sesi soal jawab di antara peserta dengan Datuk Azih bin Muda.
Kemudian slot kedua pula,para peserta akan di dedahkan dengan tajuk : Kertas Kerja Yang Komprehensif. Slot ini akan di sampaikan oleh Encik Adnan Mat yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung 1 CUEPACS.

Pihak KESPEMS juga turut menghargai dengan kehadiran 2 tetamu yang juga menjadi tulang belakang dan sentiasa membantu KESPEMS dalam menjayakan seminar ini. Tetamu yang di maksudkan ialah Tuan Haji Hamran bin Haji Ahmad selaku Presiden KSKM dan Encik Ashaari bin Maarof merupakan Setiausaha Agung dan juga Penaung Yayasan Kumpulan Makmal Sains.

Harapan KESPEMS semoga usaha untuk mengadakan seminar sebegini dapat di teruskan dan tahniah di ucapkan kepada semua para peserta yang telah menghadiri seminar ini.Semoga segala yang diperolehi semasa menghadiri seminar ini dapat sedikit sebanyak menambah ilmu serta meningkatkan martabat pembantu makmal pendidikan.


Gambar-gambar kenangan sepanjang seminar berlangsung;








 












Tuesday, 10 March 2015

Seminar Peningkatan Kerjaya dan Profesionalisme Pembantu Makmal Pendidikan Sarawak 2015







KESPEMS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan menganjurkan Seminar Peningkatan Kerjaya  dan Profesionalisme Pembantu Makmal Pendidikan pada;

Tarikh : 19hb-20hb Mac 2015
Tempat : Hotel Penview, Kuching
Pakaian : Rasmi/Batik

Objektif seminar ini adalah berbentuk keilmuan dan kefahaman dalam konteks peningkatan kerjaya dan profesionalisme Pembantu Makmal. Membudayakan dan menerapkan nilai-nilai murni melalui interaksi dalam konteks persamaan dan kefahaman kerjaya. Selain itu, meningkatkan kemahiran kompetensi individu serta memberi nilai tambah melalui penerangan dan pembentangan secara berkumpulan kepada peserta.

Seminar ini mensasarkan 120 orang peserta dari seluruh  Sarawak.Antara program yang di rancang untuk menjayakan seminar ini termasuk isu semasa,hala tuju,penerangan amali sains SPM dan cabaran perkhidmatan Pembantu Makmal dalam konteks  Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seminar ini juga turut di hadiri oleh pihak CUEPACS,Yayasan Kumpulan Makmal Sains, Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.


 


Penyertaan terbuka kepada semua Pembantu Makmal di seluruh Sarawak samaada ahli KESPEMS atau tidak.

Kepada yang berminat sila hubungi;

- Puan Rozni bt Abdul Aziz 019-4894040 / 012-8474140