Wednesday, 5 November 2014

Program Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak

Bangunan Wisma PERKESO, Jalan Padungan,Kuching

Pada 3hb-4hb November yang lalu, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja,Sarawak telah menganjurkan kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja bertempat di Wisma PERKESO Kuching.Seramai 17 orang peserta telah menghadiri kursus ini.Peserta yang hadir mewakili beberapa kesatuan di Sarawak antaranya Kesatuan Kakitangan Perkeso Sarawak, Airlines Workers Union Sarawak ( AWUS ), Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Kastam Sarawak, Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos Sarawak, Kesatuan Guru-Guru Bumiputera Sarawak, Kesatuan Kakitangan Jabatan Pertanian Sarawak, Kesatuan Kakitangan Pegawai Pengangkutan Jalan Sarawak, Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Hutan.

Pada hari pertama, kursus ini bermula jam 8.00 pagi iaitu pendaftaran para peserta.Ceramah pertama bermula jam 9.30 pagi yang telah disampaikan oleh Puan Melati anak Ah Nen, pegawai JHEKS Sarawak.
Tajuk ceramah yang di sampaikan oleh Puan Melati pada sesi pagi ialah "Pemahaman dan Tanggungjawab Mengemukakan Borang-Borang Berkanun" dan "Prosedur Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja".Sesi sebelah petang pula, Puan Melati menerangkan "Kaedah Pengisian Borang L dan U".

Pada hari kedua, kursus ini bermula jam 8.30 pagi,ceramah pada sesi pagi ini di sampaikan oleh Encik Lim Inn Tong ,pegawai JHEKS Sarawak.Tajuk ceramah beliau "Pengurusan Kewangan Kesatuan Sekerja". Slot bersama Encik Lim ini terdapat latih amal penyelenggaraan buku akaun kesatuan.Slot ini berbentuk laithan amali,di mana para peserta di dedahkan dengan Buku Tunai ( Borang AP.1 ) Kesatuan, Borang M, Baucer Pembayaran Dalaman (Borang AP.6 ), dan Borang Tuntutan Pegawai Kesatuan.Pegawai JHEKS lain yang turut membantu semasa latih amal ini di jalankan ialah Puan Melati anak Ah Nen dan Puan Asiati binti Osman.

Pada sebelah petangnya,majlis penutupan kursus di meriahkan lagi dengan tetamu kehormat iaitu Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, Encik Mustafa bin Ali dan Pengarah JHEKS Sarawak, Puan Jamilah binti Putit.

Kursus seperti ini sangat penting kerana ia dapat membantu ahli dalam sesebuah Kesatuan menguruskan kewangan dengan cekap dan teratur. Selain itu ia dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang masih baru dalam kesatuan.


Gambar-gambar kenangan sewaktu berkursus ;

Puan Melati sedang memberi penerangan









Pengarah JHEKS Sarawak, Puan Jamilah




















Suasana semasa melakukan slot latih amal penyelenggaraan buku akaun kesatuan




Encik Lim sedang memberi penerangan












Encik Mustafa memberi sedikit ucapan semasa majlis penutupan












Bergambar bersama Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia

Pihak KESPEMS berharap agar kursus sebegini akan berterusan di masa akan datang dan setinggi penghargaan juga buat pihak JHEKS Sarawak kerana berusaha mengadakan kursus sebegini.


Pautan ke ;
PERKESO Sarawak
JHEKS Malaysia

Wednesday, 29 October 2014

Kad Aerobikton KESPEMS 2014

Ahli Majlis Kerja KESPEMS telah mengedarkan kad aerobikton kepada ahli-ahli nya yang berdaftar di bahagian Kuching/Samarahan. Tujuan utama kad aerobikton ini di edarkan adalah untuk mengumpul dana kesatuan bagi membantu membiayai kos-kos aktiviti yang di anjurkan kesatuan. Antara aktiviti yang terdekat yang memerlukan dana adalah Konveksyen Pembantu Makmal 1 Malaysia yang dijangka berlangsung pada awal Disember ini di Penview Hotel, Kuching.

Kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan KESPEMS di sekitar bahagian Kuching/Samarahan yang belum mendapat kad ini dan berminat ingat turut serta membantu mengumpul dana Kesatuan boleh menghubungi Ahli Majlis Kerja ( AMK ) KESPEMS.

Pihak KESPEMS juga sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak.

Boleh menghubungi / whatsapp, Ahli Majlis Kerja (AMK) KESPEMS;
  1. Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
  2. Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )
atau email kami : kespems@gmail.com 
Kad Aerobikton



Lesen yang telah di pohon oleh KESPEMS 





Aerobikton KESPEMS 2014

"Towards fitness 2015"

Buat pertama kalinya,Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak akan menganjurkan majlis senaman aerobikton 2014;

Tarikh   : 6 Disember 2014 (Sabtu).
Masa    : 7.00 pagi.
Tempat : Pustaka Negeri,Kuching.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapp ;

  1. Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
  2. Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )
atau email kami : kespems@gmail.com

 

Thursday, 23 October 2014

Yayasan Kumpulan Makmal Sains (YKMS) [No. Pendaftaran : PPAB 02/2013]

 "Dari pembantu makmal untuk pembantu makmal"

Latar Belakang

Yayasan ini telah ditubuhkan pada 21 Januari 2013 dibawah akta 258, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang [BHEUU], Jabatan Perdana Menteri. Nombor pendaftaran : PPAB 02/2013.Cetusan Ilham dari Encik Ashaari bin Maarof,Setiausaha Agong Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia. Berhasrat menjadi 'alternatif' kepada bahagian Sumber Manusia dalam usaha memenuhi keperluan latihan bagi pembantu makmal yang bakal dipenuhi seramai 11000 orang.

Misi YKMS

Mewujudkan Pusat/Institusi Latihan Pendidikan Penyelidikan dan Pembangunan Bersepadu bagi pembantu makmal yang berkhidmat di bawah institusi-institusi Pendidikan Negara.

Visi YKMS

Melahirkan Staf Makmal Sains yang berilmu, berketrampilan,akauntibiliti, kreativiti, inovatif dan berupaya memberi sumbangan kepada individu dan organisasi.

Wawasan YKMS

Mengandungi pejabat utama YKMS, pejabat KSKM, Pejabat Subsidiary bawah YKMS dan pusat latihan dan R&D bagi pembantu makmal sains termasuk makmal simulasi Sains dan penginapan.
Melalui pusat latihan dan R&D ini YKMS berhasrat untuk menawarkan program latihan yang berstruktur dan akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pihak-pihak lain bagi meningkatkan lagi skim perkhidmatan pembantu makmal ke satu tahap yang lebih tinggi (Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Makmal Sains).


Encik Ashaari bin Maarof

Laman Sesawang BHEUU










Yayasan ini terbuka kepada semua Pembantu Makmal seluruh Malaysia dan mempelawa seluruh Pembantu Makmal di Malaysia untuk menyumbang dan mengumpul dana dan melaksanakan program pendidikan dan kebajikan YKMS.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapp ;

  1. En. Ashaari bin Maarof  012-6543746 ( Setiausaha Agung KSKM )
  2. En. Patra bin Ramli         013-8248625 ( Presiden KESPEMS sesi 2014-2017 )
     
 Laman Sesawang BHEUU : BHEUU
 Laman Sesawang KSKM  : KSKM


Saturday, 20 September 2014

Patra Ramli remains president of Kespems -- The Borneo Post

The Borneo Post  19/09/2014

 

Patra Ramli remains president of Kespems

Posted on September 19, 2014, Friday
KUCHING: Sarawak Education Laboratory Assistant Union (Kespems) held here last Tuesday its second triennial delegates conference (TDC) which saw its president Patra Ramli retain his post for the 2014-2017 session.
A statement issued by the union yesterday revealed that the deputy president was Ellison Bundan, Rozni Abdul Aziz was appointed secretary and Irman Borhan, vice-secretary.
Ae’ashah Rambli and Norasihan Moli were appointed treasurer and assistant treasurer respectively.
Ordinary committee members are Khairul Najwa, Alfian Ismail, Rozita Alli, Linda Mijar, Bellin Ebang, Elius Masharif, Norlia Saadiah, Hishammudin Zain and Hardlin Joliam.
In his acceptance speech, Patra suggested the establishment of a Yayasan Kumpulan Makmal Sains (Science Laboratory
Group Foundation) for the Sarawak region.
Also present was state Congress of Union Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) secretary Ahmad Malie among some 50 union members.
Laboratory Workers’ Union (KSKM) secretary-general Ashaari Maarof who officiated at the event said Kuching had been chosen for the first time to host the 1Malaysia Laboratory Assistant Education Convention taking place this December.
Delegates from throughout the country are expected to attend the conference.
The TDC was held at Penview Inn on Sept 16.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/09/19/patra-ramli-remains-president-of-kespems/#ixzz3DrqeQQ9z



Source : The Borneo Post Online

Thursday, 18 September 2014

Mesyuarat Agung ke-2 tri Tahunan KESPEMS sesi 2014-2017

Pada 16 September yg lalu,bertempat di Hotel Penview Inn Kuching. Mesyuarat Agung ke-2 tri tahunan telah dirasmikan oleh Encik Ashaari bin Maarof,Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM). Selain itu tetamu kehormat yang turut hadir ialah Encik Ahmad Malie,Setiausaha CUEPACS bahagian Sarawak. 
 
Agenda untuk mesyuarat kali ini adalah perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2014-2017,selain itu isu yang turut dibincangkan adalah penambahbaikan skim pembantu makmal serta kebajikan pembantu makmal.
Untuk keputusan pemilihan ajk yang terbaru bagi sesi 2014-2017, Presiden KESPEMS masih di sandang oleh encik Patra bin Ramli. 

Encik Ashaari turut menyatakan bahawa Kuching telah dipilih buat pertama kalinya, untuk mengadakan Konvesyen Pembantu Makmal Pendidikan 1Malaysia yang akan dihadiri wakil pembantu makmal daripada Semenanjung,Sabah dan Sarawak pada pada disember ini. 

Encik Patra bercadang untuk menubuhkan Yayasan Kumpulan Makmal Sains (YKMS) bagi wilayah Sarawak.



Kaunter pendaftaran

En. Ashaari bin Maarof (tengah)











En. Patra bin Ramli memberi ucapan alu-aluan

En. Ahmad Malie merupakan Setiausaha CUEPACS bahagian Sarawak

En. Ashaari bin Maarof merupakan setiausaha agung KSKM









Sesi soal jawab



Pn. Rozni membentangkan laporan aktiviti KESPEMS sepanjang tahun







Pn. Norlia membentangkan laporan kewangan KESPEMS



Taklimat berkenaan Yayasan Kumpulan Makmal Sains (YKMS)

Sesi bergambar



AJK KESPEMS untuk sesi 2014-2017 

Dari kiri (duduk) : Pn. Khairul Najwa (AJK), Pn. Norasihan Moli (Penolong Bendahari), Cik Ae’ashah Rambli (Bendahari), En. Ellison Bundan (Timb. Presiden), En. Ahmad Malie (Setiausaha CUEPACS Bahagian Sarawak), En. Patra Ramli (Presiden KESPEMS) , En. Ashaari Maarof (Setiausaha Agung KSKM), Pn.Rozni Abdul Aziz (Setiausaha), En.Irman Borhan (Naib Setiausaha), En. Alfian Ismail (AJK)
Dari kiri (belakang) : Pn. Rozita Alli (AJK), Pn. Linda Mijar (AJK), En. Bellin Ebang (AJK), En. Elius Masharif (AJK), Pn. Norlia Saadiah (AJK), En. Hishammudin Zain (AJK), En. Hardlin Joliam (AJK)
 
Majlis bersurai sekitar jam 1.30 petang.

Wednesday, 17 September 2014

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-51










Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-51.
Semoga Negara Malaysia yang kita cintai ini akan terus kekal maju,aman dan makmur.