Friday, 20 January 2012

PENYERAHAN BORANG INSTRUMEN KEBERKESANAN PROGRAM YANG TELAH DIIKUTI OLEH ANGOTA SOKONGAN JPN SARAWAK.

Kepada peserta Kursus (Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak: bil. 1/2011

           Adalah dengan sukacita dimaklumkan di sini, Pihak JPN Sarawak memaklumkan supaya semua peserta kursus Penerapan dan Asas Pembantu Makmal Pelajaran Sarawak pada 17-18 November 2011, di BTP Samarahan supaya mengembalikan borang tersebut pada atau sebelum 27 Januari 2012 di  Unit Latihan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Tingkat 11 atau Presiden Kesatuan Pembantu Makmal (KESPEMS) di alamat SMK DPHA Gapor, Kuching. (0138248625)

2.       Tujuan adalah sebagai rekod data maklumat tuan/puan oleh pihak Jabatan dan maklumbalas pencapaian kemahiran oleh semua peserta kursus.

Sekian, Terima kasih.

Presiden.

Tuesday, 22 November 2011

KURSUS PENERAPAN DAN ASAS PEMBANTU MAKMAL (PELAJARAN) SARAWAK

SALAM SEJAHTERA WARGA PEMBANTU MAKMAL PELAJARAN SARAWAK.
Seramai 50 orang peserta  dikalangan kakitangan Pembantu Makmal Pelajaran Daerah Kuching /Samarahan yang mengambil bahagian dalam kursus Penerapan dan Asas Pembantu Makmal Pelajaran siri 1/2011 yang diadakan  pada 17 hingga 18 November 2011 , di Bahagian Pendidikan Teknologi , Samarahan (BTPN) baru-baru ini . Kursus ini adalah merupakan kali pertama yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran Sarawak (JPNS) dan Kesatuan Pembantu Makmal(Pelajaran) Sarawak (KESPEMS).
Melalui kursus ini banyak intipati diperolehi oleh peserta yang mana lebih menerapkan nilai-nilai murni yang berketrampilan menjurus ke arah perkhidmatan  dan tugas rasmi dalam kerja harian. . Selain itu, dapat menimbul kesedaran bahawa pentingnya kursus sebegini disemai oleh setiap kakitangan. Antara isi kandungan dalam kursus ini ialah Peranan akujanji penjawat awam berintegriti, pengurusan perolehan aset kerajaan, urusan kewangan dan peratuara-peraturan pegawai awam dan tatatertib. Dalam slot lain, kakitangan makmal juga diberi penghormatan dan kepercayaan oleh pihak JPNS untuk menjadi fasilitator dari segi tatcara penyediaan bahan sains - Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kepada peserta kursus, antaranya ialah tatacara penyediaan Bahan kimia, Biologi dan Fizik.  Melalui kursus ini Bahagian Unit Latihan JPNS telah memberi kepercayaan kepada Ahli Majlis Kerja KESPEMS agar kursus ini akan berterusan dan menjadi kesinambungan antara pihak JPNS dan KESPEMS sebagai peneraju pengelolaan kursus.  Antara kursus yang dicadangkan seperti kemahiran asas Teknologi Maklumat, Keselamatan dan lain-lain. Pihak JPNS sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dangan KESPEMS bagi merealisasi impian pembantu makmal Pelajaran Sarawak  yang selama ini  terlepas pandang.
Sessi Taklimat  Oleh Pn. Norlela



Cik Rosnah dan Cik Erma
Taklimat Pengurusan Aset kerajaan

Encik Harry Ak.Sures
Tatacara penyediaan P&P Fizik


Encik Patra
Tatacara penyediaan P&P Makmal  Kimia

Pn.Linda Liew
Pengurusan Kewangan




Penyampai Sijil kepada Perserta Kursus


OBJEKTIF
KURSUS ini merupakan satu penerapan ke arah percambahan ilmu pengetahuan secara menyeluruh dalam skop kerja. Melalui kursus ini akan menjadikan sesorang individu dapat mencernakan dan  memperkayakan bidang tugas masing-masing . Justeru itu, dengan kebolehan yang ada  kita semakin  berkeyakinan  dalam  apa juga tugas yang diamanahkan tanpa ragu-ragu melaksanakan dengan  penuh  rasa tanggungjawab. Dengan ada kepelbagaian  intipati kandungan kursus ini agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta. Pendedahan dan kemahiran seperti ini  merupakan satu transform  budaya penyelidikan dalam arus pembangunan modal insan untuk menganalisis benda-benda baru yang boleh direalisasikan demi kepentingan bersama sekaligus  membentuk identiti dan intigriti yang berketrampilan.  Melalui kebijaksanan mengurus tadbir dalam kepimpinan merupakan platform seseorang (Pembantu Makmal) ke arah kecemerlangan bestari diri, majikan,  Jabatan dan Kementerian.

Terima kasih.
Presiden,
KESPEMS.


Tuesday, 25 October 2011

MAJLIS BERSAMA CUEPACS

Pada 24 oktober 2011 ,satu sidang Majlis bersama Presiden CUEPACS iaitu Dato Hj. Omar Bin Hj. Osman
telah di adakan disebuah Hotel Di Kuching.Seramai  120 orang yang hadir pada malam tersebut untuk mendengar ucapan beliau .Kebanyakan yang hadir dari Kesatuan-kesatuan yang telah di tubuhankan di Sarawak ini termasuk Kesatuan Pembantu Makmal(Pelajaran) Sarawak (KESPEMS).
Setelah selesai memberi Ucapan pelbagai soalan di tujukan kepada beliau oleh Perserta  yang hadir.
Apa yang terbuku atau menjadi tanda tanya selama ini di kalangan yang hadir pada malam itu telah pun terjawab .Kebanyakan Penjawat Awam menarik nafas lega tentang Bujet yang telah di bentangkan bulan lalu.Setelah mendengar huraian oleh Presiden CUEPACS semalam Penjawat Awam amat gembira berkenaan dengan sistem yang baru itu nanti (SBPA).
1 Malaysia Rakyat Didahulukan,Pencapaian diutamakan.



AHLI KESATUAN YANG HADIR

PERSERTA KESPEMS


KESPEMS BERSAMA PRESIDEN CUEPACS


Wednesday, 14 September 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN KESPEMS DAN MESYUARAT AGUNG KE 1.



Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis Perasmian KESPEMS dan mesyuarat Agung Ke 1 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak- En. Abidillah Adam di Dewan SM Teknik Sejingkat, Kuching pada 11 September 2011, turut hadir  Setiausaha Cuepacs Bahagian Sarawak merangkap Presiden Kesatuan Guru-Guru Bumiputera Sarawak, Pengetua SM Teknik Sejingkat, Presiden dan Setiausaha Kesatuan Kakitanagan  Makmal  Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dua orang wakil Kesatuan Pembantu Makmal Sabah.


AHLI KESPEMS BERSAMA PENGARAH






PERASMIAN 11.09.2011




Syabas.
Daripada,
Presiden KESPEMS.

Wednesday, 17 August 2011

MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA KESPEMS SESI 2011-2014

Salam Sejahtera dan Salam Hormat,

Semua ahli/Pembantu Makmal (pelajaran) Sarawak:

Mesyuarat Agung Pertama KESPEMS telah ditetapkan pada dan tempat seperti berikut:

Tarikh:         11 September 2011 (Ahad)
Tempat:        Dewan SM Teknik Sejingkat, Jalan Bako Kuching.
Masa:           8.00 Pagi.

Agenda:


  • Pendaftaran
  • Majlis Perasmian KESPEMS oleh Pengarah Pelajaran Sarawak.
  • Jamuan Ramah Tamah Aidilfitri 2011 barsama Pengarah Pelajaran Sarawak  dan VIP Jemputan
  • Mesyuarat Agung KESPEMS Pertama sesi 2011 - 2014
  • Bersurai
Pakaian: 


Ahli Muslim Lelaki/Perempuan : Baju Kebangsaan/Kurung
Non Muslim Lelaki /Perempuan:  Pakaian Rasmi

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan, demi menjayakan majlis tersebut.
Sekian, terima kasih.

Daripada,

 PATRA BIN RAMLI

 Pengerusi Sementara KESPEMS.






Wednesday, 10 August 2011

TATACARA BANTUAN MENGURUS JENAZAH DAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SILA RUJUK  PADA PEKELILING:- KEMENTERIAN KEWANGAN

PEKELILINGAN PERBANDAHARAAN BIL 3 TAHUN 2010

1. Bantuan mengurus jenazah - bermaksud bantuan kewangan yang diberi kepada waris pegawai atau pihak yang menguruskan jenazah pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan kematian pegawai tersebut.

2.bantuan pengankutan jenazah bermaksud bayaran untuk membawa jenazah dari tempat kematian ke tempat pengembumian atau penyempurnaan mayat.

p/s lain-lain butiran atau syarat-syarat kelayakan sila rujuk pada pekeliling yang tertera di atas.

Sekian.
KESPEMS

Sunday, 7 August 2011

ANNOUNCEMENT

Perhatian kepada ahli-ahli KESPEMS.
Sesiapa ahli-ahli KESPEMS yang gambarnya tidak tepampang diSlide sebelah kanan ataupun gambarnya tepampang diSlide tetapi tempat bertugas tidak tersenarai tolong hantarkan gambar/upload kepada saya melalui email
kespems@gmail.com. Sertakan* NAMA PENUH DAN TEMPAT BERTUGAS*anda.
Diharap dapat kerjasama semua ahli KESPEMS yang mendaftar.
*Note: Slide tersebut hanya ahli-ahli yang mendaftar sahaja. Pendaftaran masih di buka.
Sekian..

Wednesday, 3 August 2011

PENDAFTARAN KEAHLIAN DALAM KESPEMS

Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak

Sejak Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia pada 17 Mac 2011, kemasukan kakitangan PM yang baru dan senior semakin bertambah, termasuk dikalangan Pembantu Makmal dari bahagian Miri Sarawak yang sudahpun mencecah hampir 30 orang setakat ini. Pendaftaran menjadi ahli masih diterima.

Sila download  borang keahlian dalam laman Kespemsarawak.blogspot.com.
Sertakan 2 keping gambar terkini ukuran Pasport
Yuran pendaftaran Keahlian  RM 10.00
Yuran Bulanan (Julai) RM 5.00
Kad keahlian/Dokumen RM 10.00

Keterangan lebih lanjut :sila hubungi Pn. Rozni Abdul Aziz (0194894040), Cik Aishah Rambli (0146829402)

Terima kasih.
PATRA BIN RAMLI
0138248625
Pengerusi
KESPEMS