Dukacita dimaklumkan bahawa Cik Aeshah bin Rambli iaitu Pembantu Makmal SMT Sejingkat merangkap Bendahari KESPEMS telah kembali ke rahmahtullah pada 24 Ogos 2016 yang lalu pada jam 2.00pm di kediaman beliau di Taman Sukma Kuching akibat penyakit kanser payudara pada
Pihak KESPEMS dan seluruh pembantu makmal di Sarawak yang mengenali beliau amat terasa kehilangan pemergiaan beliau.Cik Aeshah merupakan salah seorang yang terawal dan turut bertanggungjawab membantu dalam penubuhan KESPEMS.Perwatakan beliau yang ceria, peramah, baik hati serta seorang yang jujur dan amanah menjadikan beliau diberi kepercayaan untuk memegang amanah sebagai Bendahari KESPEMS.
Jasa dan sumbangan beliau terhadap kesatuan amat kita hargai dan akan dikenang selalu.Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman.AMIN.