SARAWAK EDUCATION LAB ASSISTANT UNION
Wednesday, 19 November 2014
Friday, 14 November 2014
Aerobikton KESPEMS 2014 [Info Terkini]
Pertandingan Aerobathon Charity "Toward Fitness 2015"
Anjuran
Unit Sukan & Rekreasi Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak
Dengan Kerjasama
Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak
Dirasmikan oleh YB Hajah Sharifah Hasidah binti Haji Sayeed Aman Ghazali
( DUN Samariang N07)
Tarikh : 6 Disember 2014 (Sabtu).
Masa : 7.00 pagi. ( Pendaftaran )
Tempat : Pustaka Negeri,Kuching.
Senarai aktiviti yang di anjurkan ;
- Senamrobik.
- Cabutan Nombor Bertuah.
- Kempen Derma Darah.
Penyertaan ini TERBUKA kepada semua ahli KESPEMS dan ORANG LUAR yang berumur 18 tahun ke atas.
Untuk pertandingan aerobikton ini, yuran penyertaan untuk satu kumpulan RM35.00
(1 Kumpulan = 6 Orang)
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapp ;
- Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
- Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )
atau email kami : kespems@gmail.com
Monday, 10 November 2014
Konvensyen Pembantu Makmal Perdana 1 Malaysia
Buat julung kalinya, Konvensyen Pembantu Makmal Perdana 1 Malaysia akan diadakan di Kuching, Sarawak. Konvensyen ini akan melibatkan ahli Kesatuan Pembantu makmal daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Kesatuan dari Semenanjung Malaysia ialah Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) yang diterajui oleh Presiden nya iaitu Tuan Haji Hamran Bin Haji Ahmad, manakala daripada Sabah pula di wakili oleh Kesatuan Pembantu Makmal Sains (KPMS) yang diketuai oleh Presiden nya iaitu Encik Sazali Nukah. Untuk Sarawak pula diwakili oleh KESPEMS yang diterajui oleh Encik Patra Bin Ramli.
Ketiga-tiga kesatuan ini mewakili sebahagian besar Pembantu Makmal di Malaysia. Pihak penganjur juga amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dari ketiga-tiga Kesatuan Pembantu Makmal ini.Semoga kehadiran tuan dan puan dapat memeriahkan dan menyerikan lagi Majlis Konvensyen ini.
Tarikh berlangsungnya Konvensyen : 10 - 14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad)
Bertempat : Penview Hotel, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching, Sarawak
Lokasi Penview Hotel Link |
Untuk ahli KESPEMS yang tinggal jauh dan di luar bahagian Kuching,tempat penginapan ada di sediakan.Sila maklumkan kepada pihak Ahli Majlis Kerja KESPEMS secepat mungkin kerana tempat penginapan adalah TERHAD.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi / whatsapps;
- Encik Patra bin Ramli - 013-8248625 ( Presiden )
- Puan Rozni binti Abd Aziz - 012-8474140 ( Setiausaha )
Wednesday, 5 November 2014
Program Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak
Bangunan Wisma PERKESO, Jalan Padungan,Kuching |
Pada 3hb-4hb November yang lalu, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja,Sarawak telah menganjurkan kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja bertempat di Wisma PERKESO Kuching.Seramai 17 orang peserta telah menghadiri kursus ini.Peserta yang hadir mewakili beberapa kesatuan di Sarawak antaranya Kesatuan Kakitangan Perkeso Sarawak, Airlines Workers Union Sarawak ( AWUS ), Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Kastam Sarawak, Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos Sarawak, Kesatuan Guru-Guru Bumiputera Sarawak, Kesatuan Kakitangan Jabatan Pertanian Sarawak, Kesatuan Kakitangan Pegawai Pengangkutan Jalan Sarawak, Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Hutan.
Pada hari pertama, kursus ini bermula jam 8.00 pagi iaitu pendaftaran para peserta.Ceramah pertama bermula jam 9.30 pagi yang telah disampaikan oleh Puan Melati anak Ah Nen, pegawai JHEKS Sarawak.
Tajuk ceramah yang di sampaikan oleh Puan Melati pada sesi pagi ialah "Pemahaman dan Tanggungjawab Mengemukakan Borang-Borang Berkanun" dan "Prosedur Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja".Sesi sebelah petang pula, Puan Melati menerangkan "Kaedah Pengisian Borang L dan U".
Pada hari kedua, kursus ini bermula jam 8.30 pagi,ceramah pada sesi pagi ini di sampaikan oleh Encik Lim Inn Tong ,pegawai JHEKS Sarawak.Tajuk ceramah beliau "Pengurusan Kewangan Kesatuan Sekerja". Slot bersama Encik Lim ini terdapat latih amal penyelenggaraan buku akaun kesatuan.Slot ini berbentuk laithan amali,di mana para peserta di dedahkan dengan Buku Tunai ( Borang AP.1 ) Kesatuan, Borang M, Baucer Pembayaran Dalaman (Borang AP.6 ), dan Borang Tuntutan Pegawai Kesatuan.Pegawai JHEKS lain yang turut membantu semasa latih amal ini di jalankan ialah Puan Melati anak Ah Nen dan Puan Asiati binti Osman.
Pada sebelah petangnya,majlis penutupan kursus di meriahkan lagi dengan tetamu kehormat iaitu Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, Encik Mustafa bin Ali dan Pengarah JHEKS Sarawak, Puan Jamilah binti Putit.
Kursus seperti ini sangat penting kerana ia dapat membantu ahli dalam sesebuah Kesatuan menguruskan kewangan dengan cekap dan teratur. Selain itu ia dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang masih baru dalam kesatuan.
Gambar-gambar kenangan sewaktu berkursus ;
Puan Melati sedang memberi penerangan |
Pengarah JHEKS Sarawak, Puan Jamilah |
Suasana semasa melakukan slot latih amal penyelenggaraan buku akaun kesatuan |
Encik Lim sedang memberi penerangan |
Encik Mustafa memberi sedikit ucapan semasa majlis penutupan |
Bergambar bersama Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia |
Pihak KESPEMS berharap agar kursus sebegini akan berterusan di masa akan datang dan setinggi penghargaan juga buat pihak JHEKS Sarawak kerana berusaha mengadakan kursus sebegini.
Pautan ke ;
PERKESO Sarawak
JHEKS Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)