SALAM SEJAHTERA WARGA PEMBANTU MAKMAL PELAJARAN SARAWAK.
Seramai 50 orang peserta dikalangan kakitangan Pembantu Makmal Pelajaran Daerah Kuching /Samarahan yang mengambil bahagian dalam kursus Penerapan dan Asas Pembantu Makmal Pelajaran siri 1/2011 yang diadakan pada 17 hingga 18 November 2011 , di Bahagian Pendidikan Teknologi , Samarahan (BTPN) baru-baru ini . Kursus ini adalah merupakan kali pertama yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran Sarawak (JPNS) dan Kesatuan Pembantu Makmal(Pelajaran) Sarawak (KESPEMS).
Melalui kursus ini banyak intipati diperolehi oleh peserta yang mana lebih menerapkan nilai-nilai murni yang berketrampilan menjurus ke arah perkhidmatan dan tugas rasmi dalam kerja harian. . Selain itu, dapat menimbul kesedaran bahawa pentingnya kursus sebegini disemai oleh setiap kakitangan. Antara isi kandungan dalam kursus ini ialah Peranan akujanji penjawat awam berintegriti, pengurusan perolehan aset kerajaan, urusan kewangan dan peratuara-peraturan pegawai awam dan tatatertib. Dalam slot lain, kakitangan makmal juga diberi penghormatan dan kepercayaan oleh pihak JPNS untuk menjadi fasilitator dari segi tatcara penyediaan bahan sains - Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kepada peserta kursus, antaranya ialah tatacara penyediaan Bahan kimia, Biologi dan Fizik. Melalui kursus ini Bahagian Unit Latihan JPNS telah memberi kepercayaan kepada Ahli Majlis Kerja KESPEMS agar kursus ini akan berterusan dan menjadi kesinambungan antara pihak JPNS dan KESPEMS sebagai peneraju pengelolaan kursus. Antara kursus yang dicadangkan seperti kemahiran asas Teknologi Maklumat, Keselamatan dan lain-lain. Pihak JPNS sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dangan KESPEMS bagi merealisasi impian pembantu makmal Pelajaran Sarawak yang selama ini terlepas pandang.
Sessi Taklimat Oleh Pn. Norlela |
Cik Rosnah dan Cik Erma Taklimat Pengurusan Aset kerajaan |
Encik Harry Ak.Sures Tatacara penyediaan P&P Fizik |
Encik Patra Tatacara penyediaan P&P Makmal Kimia |
Pn.Linda Liew Pengurusan Kewangan |
Penyampai Sijil kepada Perserta Kursus |
OBJEKTIF
KURSUS ini merupakan satu penerapan ke arah percambahan ilmu pengetahuan secara menyeluruh dalam skop kerja. Melalui kursus ini akan menjadikan sesorang individu dapat mencernakan dan memperkayakan bidang tugas masing-masing . Justeru itu, dengan kebolehan yang ada kita semakin berkeyakinan dalam apa juga tugas yang diamanahkan tanpa ragu-ragu melaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Dengan ada kepelbagaian intipati kandungan kursus ini agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta. Pendedahan dan kemahiran seperti ini merupakan satu transform budaya penyelidikan dalam arus pembangunan modal insan untuk menganalisis benda-benda baru yang boleh direalisasikan demi kepentingan bersama sekaligus membentuk identiti dan intigriti yang berketrampilan. Melalui kebijaksanan mengurus tadbir dalam kepimpinan merupakan platform seseorang (Pembantu Makmal) ke arah kecemerlangan bestari diri, majikan, Jabatan dan Kementerian.
Terima kasih.
Presiden,
KESPEMS.