Wednesday, 17 August 2011

MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA KESPEMS SESI 2011-2014

Salam Sejahtera dan Salam Hormat,

Semua ahli/Pembantu Makmal (pelajaran) Sarawak:

Mesyuarat Agung Pertama KESPEMS telah ditetapkan pada dan tempat seperti berikut:

Tarikh:         11 September 2011 (Ahad)
Tempat:        Dewan SM Teknik Sejingkat, Jalan Bako Kuching.
Masa:           8.00 Pagi.

Agenda:


  • Pendaftaran
  • Majlis Perasmian KESPEMS oleh Pengarah Pelajaran Sarawak.
  • Jamuan Ramah Tamah Aidilfitri 2011 barsama Pengarah Pelajaran Sarawak  dan VIP Jemputan
  • Mesyuarat Agung KESPEMS Pertama sesi 2011 - 2014
  • Bersurai
Pakaian: 


Ahli Muslim Lelaki/Perempuan : Baju Kebangsaan/Kurung
Non Muslim Lelaki /Perempuan:  Pakaian Rasmi

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan, demi menjayakan majlis tersebut.
Sekian, terima kasih.

Daripada,

 PATRA BIN RAMLI

 Pengerusi Sementara KESPEMS.






Wednesday, 10 August 2011

TATACARA BANTUAN MENGURUS JENAZAH DAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SILA RUJUK  PADA PEKELILING:- KEMENTERIAN KEWANGAN

PEKELILINGAN PERBANDAHARAAN BIL 3 TAHUN 2010

1. Bantuan mengurus jenazah - bermaksud bantuan kewangan yang diberi kepada waris pegawai atau pihak yang menguruskan jenazah pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan kematian pegawai tersebut.

2.bantuan pengankutan jenazah bermaksud bayaran untuk membawa jenazah dari tempat kematian ke tempat pengembumian atau penyempurnaan mayat.

p/s lain-lain butiran atau syarat-syarat kelayakan sila rujuk pada pekeliling yang tertera di atas.

Sekian.
KESPEMS

Sunday, 7 August 2011

ANNOUNCEMENT

Perhatian kepada ahli-ahli KESPEMS.
Sesiapa ahli-ahli KESPEMS yang gambarnya tidak tepampang diSlide sebelah kanan ataupun gambarnya tepampang diSlide tetapi tempat bertugas tidak tersenarai tolong hantarkan gambar/upload kepada saya melalui email
kespems@gmail.com. Sertakan* NAMA PENUH DAN TEMPAT BERTUGAS*anda.
Diharap dapat kerjasama semua ahli KESPEMS yang mendaftar.
*Note: Slide tersebut hanya ahli-ahli yang mendaftar sahaja. Pendaftaran masih di buka.
Sekian..

Wednesday, 3 August 2011

PENDAFTARAN KEAHLIAN DALAM KESPEMS

Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak

Sejak Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Sarawak didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia pada 17 Mac 2011, kemasukan kakitangan PM yang baru dan senior semakin bertambah, termasuk dikalangan Pembantu Makmal dari bahagian Miri Sarawak yang sudahpun mencecah hampir 30 orang setakat ini. Pendaftaran menjadi ahli masih diterima.

Sila download  borang keahlian dalam laman Kespemsarawak.blogspot.com.
Sertakan 2 keping gambar terkini ukuran Pasport
Yuran pendaftaran Keahlian  RM 10.00
Yuran Bulanan (Julai) RM 5.00
Kad keahlian/Dokumen RM 10.00

Keterangan lebih lanjut :sila hubungi Pn. Rozni Abdul Aziz (0194894040), Cik Aishah Rambli (0146829402)

Terima kasih.
PATRA BIN RAMLI
0138248625
Pengerusi
KESPEMS