Monday, 18 July 2011

PROGRAM PENARAFAN BINTANG BILIK/MAKMAL SAINS TAHUN 2011

Salam sejahtera..

PROGRAM PENARAFAN BINTANG BILIK/MAKMAL SAINS TAHUN 2011
1. Bertujuan untuk penambahbaikan dalam pengurusan bilik/makmal sains sebagai mengumpul data yang diberikan dari sekolah-sekolah di bawah seliaan menggunakan instrumen yang sedia ada dan manghantar hasil rumusan dari PPD ke Sektor Pengurusan Akademik sebelum atau pada 29 Julai 2011. up: En Pamap ak Ragem.

Sekian harap maklum

Tuesday, 12 July 2011

KENAIKAN PANGKAT SECARA `KUP' - TIME BASE' PEMBANTU MAKMAL

Salam Sejahtera.... Warga P Makmal Pendidikan Sarawak.


Jawatan C17 ke Jawatan C22

1. Telah dilantik pada atau selepas 1 Julai 2009 ( 15 Tahun berkhidmat dan telah disahkan jawatan) dan syarat2 yang telah ditetapkan..

Tarikh tutup permohonan   dan dihantar pada JPNS  atau sebelum 12 Julai 2011.

Sekian harap maklum.

Wednesday, 6 July 2011

Penyerahan Gambar kad keahlian

Salam hormat kepada semua ahli kesatuan...

Gambar yang hendak dikirimkan/diposkan hendaklah dicatat dibelakangnya : Nama pengirim(ahli) dan Nama Sekolah bagi mengelak sebarang kekeliruan nanti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi : En Patra bin Ramli (0138248625) atau Pn. rozni Abd aziz (0194849040)

Sekian, terima kasih.

ANNOUNCEMENT

Gambar Kad Ahli KESPEMS
Salam hormat kepada semua Ahli Kesatuan .(KESPEMS)
Di maklumkan bahawa gambar yang di ambil pada hari pendaftaran pada 25 Jun 2011 yang lalu ada sedikit masalah  teknikal .Sebarang kesulitan amatlah di kesali.Sehubungan dengan itu di minta Tuan/Puan/Encik/Cik diminta menghantar 2 keping gambar berukuran pasport (Terbaru) kepada Puan Rozni Bt. Abd. Aziz atau boleh menghubungi beliau di talian 0194849040 yang beralamat SM Teknik Sejingkat Peti Surat A1062 Jalan Bako 93822 kuching.
Gambar tersebut hendaklah di serahkan selewat-lewatnya pada 25 July 2011.Diharap dapat kerjasama dari semua ahli.

Sekian Terima kasih
EN.PATRA BIN RAMLI. (Pengerusi Penaja Kesatuan Pembantu Makmal Pelajaran Sarawak SK-155).

Tuesday, 5 July 2011

PENDAFTARAN AHLI KESPEMS

Pada 25 Jun 2011 satu Majlis pendaftaran bagi pembantu makmal sarawak yang menjadi ahli KESPEMS telah diadakan di SM Teknik Sejingkat Kuching.Lebih kurang tujuh puluh lebih orang yang hadir pada masa pendaftaran tersebut.
Pada pendaftaran tersebut ahli-ahli
1. Mesti membayar Yuran Keahlian         RM10.00(Seumur Hidup)
2. Bayaran Tag Nama Ahli Kesatuan       RM10.00
3.Yuran Bulan Ahli                                   RM5.00
Setelah pembayaran dibuat Ahli diberi No. Keahlian bermula dari 0001 dan seterusnya..
Selain pendaftaran sebagai ahli KESPEMS semua pembantu Makmal pada masa itu  mendengar Taklimat daripada Pengerusi Sementara KESPEMS serta mendegar hujah-hujah dan cadangan dari Pembantu Makmal yang lain.
Semoga Kesatuan kita ini berjalan dengan lancar dan dijauhi dari anasir-anasir luar yang berbentuk hasutan..
 AJK KESPEMS dan semua Pembantu Makmal Sarawak mengucapkan ribuan terimakasih kepada SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEJINGKAT KUCHING kerana telah bermurah hati menggunakan tempat sekolah tersebut sepanjang perjumpaan ahli KESPEMS dan pendaftaran ahli-ahli.
SELAMAT MAJU JAYA..

SEBAHAGIAN PEM. MAKMAL YG.HADIR

SALAH SEORANG PEM.MAKMAL MEMBERIKAN
CADANGAN

CADANGAN BERNAS


PENYERAHAN BORANG AHLI

AJK YANG BERTUGAS
AJK YANG BERTUGAS 25/6/2011




MESYUARAT 2/2011

Mesyuarat 2/2011 diadakan di SM Teknik Sejingkat Kuching pada 8 Jun 2011.Semua ahli KESPEMS memberi komitmen dan perhatian sewaktu mesyuarat tersebut.
Pekara-pekara yang di bangkitkan iaitu pengesahan mesyuarat 1/2011,membincangkan tentang taklimat yang di beri pegawai JHEKS pada minggu lalu.
Pekara lain seperti penetapan tarikh penyerahan borang keahlian pada 25 Jun 2011serta pendaftaran ahli KESPEMS.Selain daripada itu membincang tarikh yang sesuai untuk mesyuarat agung yang pertama.
Tarikh belum ditetapkan kerana mendengar majority dari ahli-ahli KESPEMS pada 25 Jun nanti iaitu hari penyerahaan borang keahlian.Mesyuarat agung diadakan bagi melantik Pengerusi tetap dan ahli-ahli KESPEMS tetap selama 3 tahun.









Monday, 4 July 2011

TAKLIMAT BERSAMA JHEKS

En.Patra Ramli sebagai Pengerusi Penaja Sementara KESPEMS dan ahli kesatuan bersetuju menetapkan pada 13 Mei 2011 hari Jumaat jam 2.30 petang berjumpa dan mendengar taklimat yang akan di beri oleh Pegawai  Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sarawak (JHEKS) tentang garis panduan asas bagi merencanakan program kesatuan. Semua ahli diwajibkan datang dan membawa segala dokumen dan surat kelulusan sebagai rujukan .Taklimat dan perbincangan dengan Pegawai JHEKS selasai jam 5 petang,banyak pekara-pekara penting harus dibuat apabila tertubuhnya sebuah kesatuan.


EN.LIM PEGAWAI JHEKS
AHLI PENAJA KESPEMS
AHLI PENAJA KESPEMS

TAKLIMAT EN.LIM


BERSAMA PEGAWAI JHEKS

Friday, 1 July 2011

MESYUARAT 1/2011

Pendaftaran Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarwak Kementerian Pelajaran Malaysia telah di daftar pada 17 Mac 2011 dengan perakuan Pendaftaran NO.SK 155.
Mesyuarat pertama di buat di SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING JALAN MATANG  pada 30 April 2011. Ahli-ahli yang hadir iaitu Pembantu Makmal yang di lantik semasa perjumpaan Pertama di SM Teknik Sejingkat pada 10.7.2010. Ahli ahli ini adalah sementara sehingga mesyuarat agung dilangsungkan sedikit hari nanti dan akan di beritahu kemudian.
Ahli yang di lantik ialah;

1. Encik Patra Bin Ramli                               Pengerusi Penaja Sementara
2. Encik Bellin ak Ebang                               Timbalan Pengerusi
3. Cik Ae'ashah Bt. Rambli                           Setiausaha (Pencatat Minit)
4. Cik Khairul Najwa Bt. Abdullah                  Timbalan Setiausaha
5. Puan Rozni Bt. Abd. Aziz                           Bendahari
6. Puan Rubiah Bt. Ali                                   Penolong Bendahari
7. Puan Norasihan Bt. Moli                            Ahli Penaja
8. Puan Dora Wan                                        Ahli Penaja
9. Puan Linda ak Mijar                                  Ahli Penaja
10.Puan Suhaila Bt. Rosli                             Ahli Penaja
11.Encik Hardlin Joliam                                 Ahli Penaja
12.Encik Sairul Bin Sirat                                Ahli Penaja
13.Encik Ellison Bundan ak Lang                  Ahli Penaja
14.Encik Hadilah@dlah Mantali                     Ahli Penaja

Ahli diatas adalah sementara sehingga Mesyuarat Agung di langsungkan.

PENGERUSI EN.PATRA B.RAMLI



AHLI KESATUAN PENELITI AGENDA MESYUARAT


BILIK MESYUARAT SM SAINS KCH.

AHLI -AHLI PENAJA
 Pekara yang di bincangkan Tentang
1. Surat Pendaftaran dan Sijil Kesatuan
2.Tentang Fail Untuk Ahli
3.Logo Kesatuan
4.Tentang Mesyuarat Agung ..Bila dan di mana?
5.Borang Keahlian
6.Perjumpaan Dengan JHEKS
7.Yuran Keahlian
8. Surat Menyurat
Dan pekara -pekara Berbangkit.





SESI PERJUMPAAN PEMBANTU MAKMAL

Pada 10.7. 2010,satu perjumpaan dibuat untuk warga Pembantu Makmal Sarawak bagi mengujudkan ataupun untuk menubuhkan satu Kesatuan untuk Pembantu Makmal Sarawak.
Kesatuan ini diujudkan bagi menjaga kebajikan ahli agar dapat meningkatkan produktiviti ,berdaya saing serta mengukuh semangat saling berkerjasama.

Sesi bergambar dgn PM


Perjumpaan yang pertama kali di buat di SM TEKNIK SEJINGKAT KUCHING.Kita mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Tersebut kerana sudi dilawati oleh Pembantu Makmal yang berkunjung pada masa tersebut.

PERAKUAN PENDAFTARAN


Kesatuaan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak (KESPEMS)
telah di daftarkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya pada 17 Mac 2011
 Sijil Perakuan Pendaftaran NO .SK 155  untuk rujukan semua
Pembantu Makmal Pelajaran Sarawak